KENA CULIK SEKEJAP..

Assalamualaikum... Salam hamba hulur tanda ingatan.. CEWAAHHH NYANYI PULAKSS!

Lama sudah seorang shawl tak menulis di sini ye.. Sebab pa lagi kalau bukan masalah utama umat manusia iaitu MALAS! *bila nak ubah tatauuu..

So, entry kali ni berkisarkan tentang:

Shawl dan dua orang kawannya, Ilham dan Anas.

Suatu hari, sedang shawl melepak2 di rumah *takda keja kann, kasi chance laa 
Bosan yakmat hari tu.. Memang takdak idea nak buat apa huhu sadis betul.. 

TIBA2!

Ting Ting Ting *bunyi whatsapp masuk..

YESSS!! ada gak aktiviti boleh buat hari tu *Yippiii! Si Am dengan si Anas ajak shawl keluaq pi makan..
Yang penting, keluar bertiga yee, sebab depa ni kira sekepala la jugak bab mengusik seorang shawl ni.. Klu tak cukup salah sorang, murung hidup nanti kahkah! *shawl buat teruks

Aku mintak 15 minit je nak siap2.. yelah, aku bukan jenis bersiap lama gila.. Tak complicated and choosy pun.. Tangkap muat je.. Cukupla 15 minit tu..

HMMM biasalah melayu.. Dia tambah lagi 15 minit bru sampai hahaha takpelah Am, janji sampai.. 

Masuk je dalam keta tu, sah2 la shawl kena dok belakang, dah seat depan Anas duduk.. Takdelah insecure sangat hehehe.. Pastu terus ke Bank sebab Am nk cucuk duit.. Boleh pulak dia buat tak ingat nombor pin dia haihhla Am.. Nasib boleh keluarkan duit,, "ilham" dia baru mai kot time tu entahlah.. zzzzz

Perbualan tiga serangkai:

I: "weyh nak makan kat mana ni? Shawl cepat ah decide, aku nak drive.." 
A: "makan apa pun takpa weyh.. aku ikut ja"
S: " Hmm jom pi SR, harini ada promo "Secret Monday".. Buy 1 free 1.."
I: "wahh lawaa2.. jom!"
A & S : *Senyap ja hahahaha

Sampailah kitorang dekat Secret Recipe Langkawi Fair.. Cari parking luar penuh pulak, so aku offerlah nak bayaq parking, sebab tak tahan lapaq dah kehkeh *takguna hang shawl..

Masuklah ke SR tu.. Pastu dok lawan tolak sapa nak tanya cashier *bukan tolak fizikal tau..

Am pun tanyalah.. Rupanya, SM tu lepas pukul 6 baru boleh HHAHAHAHAHA! Time tu baru pukul 1.00 tengah hari.. Keluarlah dengan kehampaan..*cewahhh

Dahtu? Apa lagi, McD lahh! Order la Spicy Chicken McDeluxe (shawl), Ayam Goreng McD (Am), Grill Chicken Burger (Anas)..

Penat tau dok dengan depa, depa dok gelak kat cashier McD tu lah, sembang pasal bola lah, biasalah lelaki.. *tangan ke bahu, mata ke atas..

Pastu, bila dah takdak modal, mulalah bahan aku.. teringat dulu kat kelas, kalau aku tengah duduk atas kerusi, Am mesti akan tarik kerusi tu lah, try nak angkat lah, letih cakap jangan, lagi dia seronok usik.. Anas jenis perli2 ja.. Takdaklah mcm si Am tu.. Tapi dedua buat aku stress! Takpalah, nanti mesti rindu kenangan tu.. hmmm *sedih

Tengah syok sembang, TIBA2! Nmpak Cikgu Zai dengan Cikgu Farah masuk McD.. Am tutup muka hahahaha aku dengan Anas chill je rilek ah *bajet cool

Cikgu nampaklah! Obvious kot tu kami, student kesayangan dia *cehhh

Apa lagi, Am kena puji sebab muka bersih takdak jambang.. Pastu cikgu tanya pasal perkembangan diri lah.. Tu ja pon..

Settle Cikgu Farah and Cikgu Zai, mai pulak cikgu Megat.. situasi yang sama berlaku.. 

Depa dua punya syok sembang, sampai pukul 3.30 petang weh! memang saja nak bagi aku bayaq duit parking lebih ke apa? hehehehe

Amik la gambar sikit jeee..


Tiga warga Langkawi, walaupun Am tu Perlis hakikatnya..


 Paling lama makan dia ni lah.. Lambat betul.. kami dah habis burger, dia baru habis seketul ayam haihh..


Sapa paling awal habis? Of courselah Shawl *hikhik

Lepastu kami pun beredarlah dari situ.. Terjumpa pulak cikgu2 SKL, sekolah aku dengan Anas dulu.. Depa dapat jemputan dari McD.. Sempat Tc Nani usik aku pasal jemputan haihh..

Kami pun belah, naik keta pusing2 Kuah.. Singgah kejap dekat Langkawi Saga, Mama Am pesan Whittaker's .. Pastu depa gelakkan aku pasal tak boleh langkah longkang.. Pakai skirt labuh kot sabaq la sat! *Actually memang takut pon nak langkah longkang...

Cekelat tu takdak kat Saga, aku suruh la pi tengok kat HIG kecik depan tu.. Haaa amekauu belambak kat situ! 

Kami pun naik la keta balik.. Sengaja suruh Am pusing2 dulu sebelum hantaq aku balik.. Dan la menyembang sikit lagi..

Lalu depa pun singgahlah Masjid Al Hana sebab masing2 belum Zohor lagi.. Pukul 4 dah kot time tu haihh *tepuk pala

Selesai, depa balik mai keta, bahan aku sebab ada gambaq aku dalam TV Masjid.. dok gelak ja kat aku.. Siap kutuk2 lagi haihh sabo jelah shawl oii!!


Memang la jadi bos, seat belakang aku conquer hahaha!

Itu je entry kali ini..

Salam Sayang, 
Seorang Shawl..


Comments

  1. Sands Casino Resort - Las Vegas, Nevada - SEGA
    Sands Casino 온카지노 Resort is 샌즈카지노 a Native American gaming destination in the Las Vegas region. It offers slots, table games 바카라 and live-action table games.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

MR D.I.Y, I'M IN LOVEEE!!

KEHIDUPAN DI KOLEJ MARA KULIM SEBAGAI PELAJAR PRA-U USM SESI 17/18