KEHIDUPAN DI KOLEJ MARA KULIM SEBAGAI PELAJAR PRA-U USM SESI 17/18

Phewww.. Lama gilos tak hapdet blog ni.. Berhabuk bertalam2 dah nak oii!

Kali ni nak cerita pasal KMKu.. Alhamdulillah aku dapat PPC harituu!! So, bermulalah langkah aku sebagai seorang pelajar Kolej MARA Kulim bagi program Pra-U USM sesi 2017/2018 *melompat kegirangan!


Boleh dikatakan anak angkat USM lah kami ni *hikhik

Alhamdulillah, dah hampir 4 bulan dah dekat KMKu ni *yihuuuu
Masa berlalu cepat sangat, sampai kadang2 tu tak sedaq berapa banyak dah crush kat sini *hiksss

Team MRSM Langkawi dekat sini 13 orang ; 8 pra USM, 2 FiST UniKL, 3 MKPM.. So memang seorang Najihah tak homesick lah duduk sini *yolahtuuu


Dua hilang, Ainazu dengan Nazifa.. huhu

Pembelajaran kat sini tersangatlah cepat wehh! Kuliah SEM 1 17 minggu kalau tak salah.. Boleh bayangkan tak seminggu satu chapter habis? Final exam pertengahan bulan 11 ni *huiii sis cuak huiii


Ceni lah suasana kuliah di sini.. 45 orang satu kuliah.. Tapi ada jugak gabung2 sebab kurang Lecturer...

Tapi kan, alhamdulillah lah seorang Najihah boleh adapt, tapi awai2 tu memang kelam kabut lah kan sebab tak biasa lagi dengan sistem College ni.. Yelah dulu kitew Junior College jeww *Maresmawian?! Wohoooo!!

haaaaaa ni lah kolej aku.. Sistem dia sejibik macam MRSM dulu serius tak tipu -_-

Hmm nak citer apa lagi eh? Hahhhhh kuliahh! Sini ada empat program which are Asasi UMK, Pra- U USM, MKPM dan FiST UniKL..
Program USM terbahagi kepada 5 kuliah ; (A)poplet, (B)udu padu, (C)endol, (D)i mana2 *eh suka hati aku ja kang kena marah padan muka and (E) amenda ntah nama dorang pelik sangat..
So, aku class A, atau nama manja Apoplet (A-4 flat) *hiksss rempitnya nama class I
Nanti aku boh gambar eh?

Apoplet in action!

Aku tutorial A3, ada 8 orang semuanya.. Alhamdulillah semua ngam and pandai2 *uhuks


Love you guys.. Farr, Aino, Najah, Niesa, Aiman, Nazmi, Sofwan.

Homeroom pun ada tau! So this is my homeroom, Homeroom Papa Mukri.. Heish gediknya nama *aiyoooo


Homerooom kesayangan hamba =) Mursyid, Azrie, Amir, Ayuni, Niesa, Farr, Fatin, Athirah, Najah, Alia (tiada dalam gambar)
Eh? Tak cerita pulak pasal asrama. Sini semua wajib duduk asrama. Asrama budak Pra USM adalah Blok D *paling jauh dan paling tinggi sebab kena ghabat bukit yang curam hewhew kuruslah aku nanti kehkeh

Sini pakai sistem cube, satu cube dua orang, satu dorm muat 40 orang.. Selesa ja setakat sekarang ni, alhamdulillah.. Yang seronoknya, geng aku ramai kat dorm Zuhud ni.. Fuzah dengan Intan cube sebelah je.. Najah dengan Faiqah  je jauh sikit.. Dorm ni dah tak digunakan dah dua tahun, tapi keadaan dalam masih cantik *bolehlaa untuk aku yang agak OCD ni.. 



Time tengah kemas camni, bolehlah nak tunjuk.. Tapi sentiasa kemas lah sebab tuan dia OCD..
Ni cubemate aku, Farina namanya.. Selalu kejut aku pagi2 sebab aku kalau dapat katil, nauzubillah..

Boleh ngam dengan semua sebab semua kat sini ada satu tujuan yang sama.. So, diorang sangatlah helpful, rajin, kadang2 tu annoying jugak tapi takpalah kan, satu sem je dengan diorang.. Lepasni kena streaming ikut kampus USM dah huhu *sis sedih
So at least ada lah jugak benda yang boleh kita kenang nanti kan?

SUBJEK APA SHAWLL??

Haaa ko sabar jap aku nak cerita ni.. Sini belajar enam subjek tapi empat "je" yang masuk pointer *"je" ko cakap shawl? ko hengat senang ke hah?

Antara subjek2 nya ialah *skema noks ayatku

  1. Mathematics TMX 101 (Sir Rashidi)
  2. Biology TBX 101 (Teacher Zuraidah)
  3. Physics TZX 101 (Teacher Zulaikha)
  4. Chemistry TKX 101 (Teacher Hanis)
Tapi aku paling minat setakat sekarang ni Chemistry lah, entahlah kenapa tapi maybe sebab Cikgu Mimi dah develop minat aku terhadap subjek ni waktu Upper Form dulu kot *entahlah, aku agak je.. aku pun tak tahu kenapa huhuhu

Waktu first experiment Biology, masing2 keciwi lagi dengan labcoat..


Ehhh lupaaa!

Nama batch aku, batch Pra USM kumpulan 7 ialahhh..... *jengjengjeng

VASILLIOS VII

Tapi aku kurang pasti ejaan yang betul hikhik *batchmate paling tagune

Kat sini boleh dikatakan setiap minggu ada kuiz.. Kadang2 tu, empat2 subjek ada kuiz dalam satu minggu tu *sebab tu jangan persoalkan mata panda aku huuhuhuhu

Assignment pun boleh tahan dua minggu sekali.. Tapi group assignment aku semua perempuan so semua amat memberi kerjasama Alhamdulillah.. Sini takdak WIFI so aku beli lagi satu simkad yang postpaid.. DIGI sini coverage 4G *sukanyaaaaa. Pastu, ada satu whatsapp khas untuk segala bapak group kat sini.. Biasalah aku kan OCD, mana boleh serabut2 ni *hehehehe


Bas IPMa kaler lawa sungguh.. Tu yang bertambah2 photogenic tu..

Haa lagi satu sebelum aku tutup post ni *ehh yeke tutup? Bukan tamatkan? Whatever lah
Aku nak cerita pasal kawan2 yang interview MARA sekali dengan aku tu which are Arif, Ain, Aina, Amir, Hariri, Megat, Najiha..

Alhamdulillah, aku, Arif dan Ain bertemu semula di bawah bumbung yang sama iaitu KMKu.. Aku sekelas dengan Ain, while Arif sekelas dan se'cube' dengan childhood friend aku, si Amzar Anas *refer post terdahulu


Ni Arif.. Dengan Ain takda gambar lagi huuhuhuh..

Hariri dapat buat IB, tapi dia dapat tajaan Petronas jadinya dia tolak MARA lah.. Amir pun dapat buat Program UniKL yang Korea tu.. *Annyeonghaseyoo
Aina dapat GMI, buat engineering nanti kat Germany In Shaa Allah..

Lagi dua tu aku kurang pasti lah, sebab dah lost contact *huhuhu tapi apa2 pun, aku doakan hampa semua berjaya dalam hidup, In Shaa Allah..

Null nya rasa bila post takdak gambaq.. Yelah aku type pakai handphone, tak reti sangat.. Japgi aku balik dari outing, aku letak gambaq ye?

 Yeee sini pakai sistem outing lagi *sooo MRSM and curfew pukul 7.00 malam.. Takpelah boleh lah nak jimat kan? Makan kat sini pun free je semua disediakan sedap pulak tu.. Sebab tu berat aku naik dekat 5 kilo dah *hukhuk Alhamdulillah..

Aku memang jenis yang makan takdak kuah.. Entahlah kenapa.. 

Ni waktu tunggu Grab nak balik.. Alhamdulillah sini senang dapat Grab.. Murah pun murah hehehehehe


K dah dah aku nak siap pi Outing Giant ni kbyeeee!! Nanti aku sambung lain.. Banyak lagi nak cerita ni hehehe..


Salam Sayang,

Seorang Shawl =)

Comments

  1. assalamualaikum akak. saya nk tanya, klau mndi dkat kmk ni dkat shower kn?? Then dekat sana nnti mmg kna pakai ksut kulit je ke?And the last question(hehe sorry bnyak tanya 😊), bju t lngan pnjng yg utk sukan tu mmg bleh bju apa2 shaja asalkan bju t-shirt. I mean dia x specifickan bju sukan sja? Ha stu lagi (sorry 😊), time orientasi nnti nk kna pakai bju apa ya?? Sorry klau soalan sya bnyak sgt.. hehe.:)

    ReplyDelete
  2. Assalam...akak...line celcom kat sana laju tak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam awak.. Okay je lajunya sbb saya pun pakai celcom jugak :)

      Delete
  3. Assalamualaikum..mcmana nak pohon pra usm di kolej mara kulim? Saya f5 dr mrsm kepala batas.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Salam akak. sy lpasan spm 2018 . kalau kita msuk pra u usm , bolehke kita sambung utkj d dentist di usm kubang kerian ?

    ReplyDelete
  6. best cerita akak... doakan saya masuk kmk utk program pra u usm 19/20...

    ReplyDelete
  7. Akak, lps habis kmk PRA USM ni mmg akan sambung luar negara ke?

    ReplyDelete
  8. salam kak.. nak tanya ini under program ytp ke? mohon notice dan jawab

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm.. saya tak pasti sekarang macam mana.. saya dulu PPC, bukan YTP.. mungkin system ada berubah sikit. boleh semak di website mara :)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

MR D.I.Y, I'M IN LOVEEE!!

KENA CULIK SEKEJAP..