MR D.I.Y, I'M IN LOVEEE!!

Perghh.. sikit punya banyak habuks dalam ni.. berapa kurun tak menaip ni Najihah?
Ehemmmm..

ASSALAMUALAIKUM I'M BACKKKK!!!

Ni haaa nak habaq mai haritu cuti berbulan2 tak bukak langsongg haaaa belog ni *aduhaiii sibuk bebeno eh kau Najihah?

Lepastu banyak la benda berlaku sepanjang cuti tu.. Salah satunya, aku dapat kejaaa!! *syok weyy apply online takyah kena interview kehkeh =P

Aku kerja kat Mr D.I.Y Langkawi, baru sangat2 ja bukak outlet ni.. Outlet bukak 1 Jun 2018, aku masuk keja 4 Jun 2018 haaaaaa kira antara pioneer staff jugak lah since sekarang pun pekerja yang memang masuk since outlet tu dibukak pun tinggal empat lima orang centu ja lah.. Hat lain pakat berenti habih dah.. *Kami tak pakat lah, cuma semua ada rezeki sambung belajar lah, dapat kerja yg lagi helok lah bla bla

Yang part lawaknya tu, aku kerja 4 Jun kan, 6 Jun tu aku dah hantar notis berhenti dah *mohon gelakkan dia kuat2 readers sekaliann HAHAHAAHHA 
Nak tahu ke sebab apa? sebabnyaaa aku kan masuk kerja as Promoter, mana buleh duduk wei! *Manja nak mampoih!
Takdelah sebab tu sangat pun, serius weh hari2 terawal tu memang sakit gila kot kaki.. Ketaq lutut aku haihhhh

Lalu aku pun berhentilah pada 18 jun 2018 hahahaha sat ja kan *acah nak tulis pengalaman bagai huhh!

EHHHHHH JAPPPP!!

Amboi lajunya scroll hampa nih KAHKAH sat la aku tak habis lagi aduh..
Nak tahu ke apa jadi lepas tu?

Jeng ke jeng jeng jeng jeng!

Aku reapply balik weh kerja situ AHAHAHAHAHA *mohon tampaq dia ni uols!

Gila weh kepisyangan melampau weh.. Aku dok rumah sambung rutin lama serius bosan.. rasa macam nak tikam perut  ketuk kepala sendiri sebab buat kerja buduh sia sia pi berhenti awal..

So, nasib baik aku approach Dekna, Mainperson aku, dia tak marah AGAGAGA *Fuhh nasib baik beb..

Jadinya, 1 Julai tu aku start balik kerja situ.. Best weh! Aku offday hari isnin, barang masuk beratuih katun hari selasa and khamis.. So korang boleh bayang kot kesengsaraan para promoter nak meng"adjust" gondola supaya semua item naik? HAHAHAHA WEH WEOLS PUNYA BOS MANA KASI KEEPSTOCK! 
So boleh bayang dah betapa packnya MR D.I.Y Langkawi *Ngeeeeee

Aku jaga department mana? waktu sebelum aku berenti dulu aku jaga dept kitchen dengan kak Aina, tapi lepastu kak Aina masuk cashier so hampa bayangkan aku cover sorang2 kot dept tu *huwaaaaaaaa stress iols tau! pastu lepas sambung kerja balik, aku jaga dept housing (cables, casings etc)
Sumpah cakap tu dept paling MARBAHAYAAAA sebab banyak kes hilang barang kat situ *sobsss habislah kalau stocktake mampus guwe
Tapi yang kurang bestnya kalini, sebab asyik aku ja kena jaga kaunter test huhuhu aku memang tak rela weh jaga kaunter tu pasai selalu sangat aku "shock"kan kaunter 4.. Tapi tulah, MP aku still suruh jugak *grrrrrr 

Kat sini, aku belajaq banyak sangat benda, sebab aku jumpa customer yang bermacam2 perangai.. Kalau nak list sesatu memang tak cukup weh.. Pelik2 perangai orang Langkawi ni sebenarnya.. Tapi, pengalaman paling priceless aku dapat sini adalah, 
  1.  Kasih sayang Abang2 dan Kakak2 yang melimpah ruah terhadap adik bongsu ni..
  2. Cara nak handle MP and org atasan yang banyak nau kepelikannya *eww ayat
  3. banyak sebenarnya sampai tak tertulis ni huhuhuhu *malas budak ni
Serius cakap, aku kan tak pernah ada abang kakak, so kat sini aku rasa sangat2 dilindungi.. Kalau time aku nangis sebab stress, Madi sampai peluk2 aku suruh bertenang and bagi kata2 semangat.. Faiz pulak, pusing2 dept checking on me whether I am okay or not.. Gila tak sayang..

Nak tulis semua kenangan kat sini? Banyak weih.. Kadang2 tu aku senyum sorang2 bila teringat.. kenangan dengan kawan2 tu yang best.. haih rindunya.. 

Taknak cakap banyak, nak spam gambaq ja huhuhu

nepalist, From right is SHYAM, BUDDHA, SHIVA and KUMAR..
HAAAAA nak describe lah sorang2 dalam gambar ni!
  • Shyam, pemalu dan comel2 sikit cara dia.. Ramai customer ingat dia melayu sebab dia macam rupa indon2 sikit  ehehehhehehehe dia paling ramah lah.. Selalu ja aku kenakan dia sebab gaya dia blur2 tu buat aku puas hati ahahahaha
  • Buddha, stail dia bapak2 sikit, paling concern lah pagi2 dia datang dia mesti cakap "morning jiaa, u okay? sudah makan?" hahahahaha everytime aku nak rehat, "Buddhaa, U cover I okay?" "Okay jiaa u pergi la makan, I nanti jaga itu testing okay?" huhuuhuhu
  • Shiva, hahahaha hat ni ramai cakap macam Amir Khan, dia suka gila nyanyi kat aku.. Ada jaa lagu dia nyanyi.. Sekepala la bab bollywood boleh sembang dengan dia hikhik.. Sebelum berhenti haritu, kerap betui dia tanya "U nanti jangan lupa kita ya?" alahaii takkan lupa dah u orangg huwaaaa
  • Kumar, dia ni memang dalam stor ja.. Terbayang lagi muka cuak dia bila Miss marah cashiers dulu.. PUCAT LESI! dia ni lesung pipit mak aii! Dalam! Jeles I tau Kumar.. Dengar kata nanti dia balik Nepal, dah nak kawin yeayyyy tahniah!



Kak Wani and Abang Mirul, depa ni dalam kuat2 usik kita tapi sayang enn kitaa hiks!



  • Kak Wanie, ni geng gosip, apa ja jenis gosip mesti cari dia dulu.. Sekepala walaupun berbeza 4 tahun ja.. Suka gila tengok cara dia layan customer, ramah ja tak marah2 pun.. Bila aku nak nangis ke mesti dia pujuk "Jihah kuat la. Janganla gheyau kak wanie tak suka huhu" sayang weh dia ni.. GILA2 PUNYA SAYANG!
  • Abang Mirul, paling suka pi kacau dia everytime dia duduk kat gondola mengarang ayat2 puitis dia tu..*jiwang noks abang I yang sorang ni.. Kalau aku update ayat marah2 kat WS, mesti dia suruh sabaq, ayat2 dia ni kalah ustaz2 weh.. Tapi perangai dia huishh! Hanya Staff dan awek dia ja paham HAHAHAHA *sorry abang

Kak Ita dengan Abang Weng, my most2 beloved duo hukhuk rindulah!

  • Kak Ita, paling berpengalaman dalam outlet ni.. Paling kuat bersuara dengan lantang pasal apa2 hal.. Ibarat kata Kak Long Kawasan lah hehehe.. Paling berani wuhuuuu ! Kak ita yang disayangi, saya paling terkesan bila kakak off *cewahhh sebab takut ooo takdk org nak backup kalau jadi apa2.. Kita ni dahla ibarat cikenit dalam telinga ja keciknya HAHAHAHA
  • ABANG WENGGG!!! Hat ni serius cakap sapa nak jadi laki aku kena jumpa tiga orang laki iaitu Abah, Paktam dengan Abang Weng.. Dia paling concern kalau tetiba ada customer laki kacau aku HAHAHHAHA DON'T YOU DARE! Kalau aku nangis, dia akan gertak aku sampai aku bagitahu napa aku nangis.. pastu ayat dia "Bakpo adik nangis, kak ade, abang ade, toksey takuk lah!" HUHUHU Sayang abang dengan kakak MANYAK2!
Tiapkali balik, depa dua akan teman aku sampai maksu datang baru depa balik.. Haritu waktu depa dua AL balik Ganu, geng DIY hat lain tinggal aku sorang2 tau, pastu bila dia dapat tahu, mengamuk lah dia dekat abang2 kakak2 lain.. Biasalah, abang paling sulong en *hiks 

Kak Ita, Kak Wanie, Kak Aina..

dari depan, Kak Ainur, Kak Aina, Madi.

  • Kak Ainur, Pharmacist wey! Paling brutal paling berani sound MP direct HAHAHAH! Taktaulah apa yang tak kena kat dia sampai MP suka sangat panggil dia hehehehe skandal eh? Kalau rehat dengan dia, dia paling suka bercerita huhu rindu gila nak gosip2 dengan Kak Ainur.. Dept toys tu paling kemas lepas dia jaga.. Pandai gila dia susun huhuhuhu
  • Kak Aina, senior kat MRSM dulu, paling stress bila kena jaga kaunter *sapa yang betul2 pernah duk kaunter ja paham bahang duk kaunter tu huks.. Paling suka bila tengok dia marah Abang Mirul sebab abg annoying gila nak mampuih, so bila Kak Aina sound setepek tau senyap dia HAHAHAHA
  • Madi, actually dia pangkat kakak2 tapi dia tak bagi panggil kakak.. Lawa dia ni, pastu bila dia tolong aku test, dia mesti akan explain sebutir2 kat customer memang detail gila weh! Aku rasa kalau ada anugerah Best Customer Service mesti dapat kat dia atau Abang Weng.. Sebab customer puas hati bila depa explain hhehehehe 



yang tengah2 tu Dekna, Mainperson untuk para Cashier. Mainperson untuk promoter tu Mr Lim, takdak gambar dia hahahaha

Start dari depan, Mashi, Kak Ecah, Kak Aina, aku, Kak Ainur, Abang Weng, Mat Syam. Faiz, Abg Mirul.. Madi and Kak Ita belakang tu hihihi


  • Mashi, aku paling berjaga2 dengan dia ni.. Tangan dia kuat merayap tau huhuhu.. Pastu customer suka gila tanya dia macam2 maybe sebab dia lawa and attractive kot, tapi end up, dia tanya aku balik! *adui Mashi
  • Kak Ecah, geng rehat.. dulu memula masuk ingatkan susah nak ngam dengan dia tapi lama2 dia suka wey menyakat! Dia mesti akan panggil aku "cik jihaaaa buat apaaa?" tu lah ayat dia huhuhu
  • Faiz? No comment... Senior SKL dulu.. tapi caring gak la dulu pujuk aku bila aku nangis sebab stress kena jaga kaunter test huhuhu
  • Mat syam? ini lagi no comment..

Jumpa Abang Farid dgn Kak Bell, siblings Husna huhu
Jauh di sudut hati ni, walaupun saya dah jauh dari Langkawi, terpisah dengan selat Melaka, tapi saya tetap ingat hampa semua.. Doakanla kejayaan adik hampa ni nah.. nanti balik kita jumpa lagi okay?

Salam Sayang,

Seorang Shawl =)


Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Shyam dgn buddha mna satu ehh sbb geram selalu kena kcau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu kena kacau? rasanya yang kacau tu orang lain kot hehe sebabnya Shyam dengan Buddha ni pemalu sikit antara ramai2 tu. Sepanjang kerja situ pun dorang tak pernah pulak usik lebih2 just sakat2 tegur2 gitu je :)

      Delete
  3. nak apply krja onlime tu mcm mana ya? sbb dah try tapi dia suruh attach kan file. file tu resume ka? sya nak kerja part time ja

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak pasti pulak pengambilan sekarang macam mana.. tapi saya dulu memang attach resume. Dorang memang tak ambil part timer dah awak, dorang nak fulltime je :')

      Delete
  4. Dia full time tu ada shift ka cmna? Dia ada iv jgk ka

    ReplyDelete
  5. em, tiap tiap minggu ade cuti tak? cam, office hour, ahad cuti
    kalau mr.diy?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada cuti tiap minggu. Contoh cuti hari isnin. So minggu depan pun akan cuti hari isnin. Tpi cuti tak selamanya hari isnin. Akan brubah tiap 3 bulan.. MP Yg akan set cuti kita atau lebih di panggil RD(restday)

      Delete
  6. Boleh tau masa mula berhenti tu bagi alasan apa

    ReplyDelete
  7. Boleh tau masa mula berhenti bagi alasan apa

    ReplyDelete
  8. Nk Tanya klau mase kita kerja kt me diy tu msa masuk wktu blh sembahyang tk

    ReplyDelete
  9. Nak tanya masa mula berhenti bagi alasan apa

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum tumpang tanya, masa kerja Mr diy dulu berapa Hari ye annual leave company bagi?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KENA CULIK SEKEJAP..

KEHIDUPAN DI KOLEJ MARA KULIM SEBAGAI PELAJAR PRA-U USM SESI 17/18