My Skin Journey ❤️

Assalamualaikum shemuaaaaaa 🤗🤗
Lama benau sis berehat 5 bulan eh kemalasan bukan kepalang dah tahap dia ya ampunnn 🙃
Sooo, harini shawl boleh la berehat sebentar sebab dah habis test untuk minggu ni fuhhhh *lega bakhanggg!! Jadinyaa, harini nak share pasal skin journey huhu🙃

Sebenarnya tak elok pun lagi kulit ai, dia macam reda kejap sebulan, next month tu mesti breakout balik sebab jerawat angkat geng erghhhhhh 😠😠
Rasa macam lasttt sekali kulit bebas jerawat adalah waktu lepas SPM tu (tempoh tanam anggur). Haa lepas tempoh tu lepas amik result, bermulalah penghijrahan para jerawat ke muka ini huhuhu 😐

Tapi time tu tak teruk sangat, parut tinggalan pun tak gelap sangat. Segalanya bermula tahun 2017, waktu Pra USM dekat KMKu 😣


Time ni baru 2 bulan masuk KMKu, so skin time ni macam takdak masalah kronik sangat. Just jerawat manja2 gitu ja. Time ni rasanya just pakai pencuci muka Safi Balqis Manggis tu aje, takdak toner moisturizer bagai sebab masih lagi noob dan malas nak amik tahu pasal skincare hehhhhhhh🤓

Soo segalanya bermulaa *jeng jeng jenggggggg Sebelum final exam semester 2, bulan 3 atau 4 macam tu 😕 time tu rasanya sebab habuk, maklumlah dorm kan, kalau cube kita je sapu sampah, cube lain idokk taguna jugaaa😐

HAAAAAAA KAUUUU TERUK ILERPSSSS MUKAKU 😭

Ni memang zaman gelap la bagi aku, kau bayangkan aku jawab final exam sambil jawab sambil pecah si jerawat ni 😣 sumpah dahi aku time ni gatal gilaaaa and everyday ada jerawat baru. Confident level? Jangan tanya, memang takde..

Nak keluar pun aku taktau nak cover macam mana segala bedak semua tempek tak jugak cover 😭 pastu aku try banyak remedies, letak kayu manis lah, baking soda lah AMEKAU LAGI TEROK HAHAHAHAHAHA ODO2 JE 🤣

So grad je Pra USM, aku start kerja Mr DIY, so time ni lah aku mula nak letak effort untuk ubatkan muka aku. Macam2 benda aku try, tapi biasalah takes time kan. Tiga bulan aku keja, tiga bulan jugak tempoh recovery. Alhamdulillah nampak la jugak hasil kulit makin reda tapi parut masih ada sikit yelah lambat pudar kan sis tak makan sayoq 😝

Aku pakai Guardians punya Aloe Vera dengan Palmer's Vitamin E Oil tu je time tu. Memang konsisten la tiap malam. Menjadi teroks dengan aku dua mendalah tu time tu 😉

Ni gambar waktu aku gi ambik2 gambar setelkan urusan nak masuk degree. Memang time ni adik beradik pun tegur kata makin elok. Alhamdulillah lah menjadi (time tu jelah) 🙃

Taaaaaaaapii!!

Kebahagiaan tak bertahan lama. Masuk je degree dua bulan, aku gatai nak tambah something dalam routine which is toner. Biasalah tengok rumet pakai toner muka dia cantik ilerr glass skin 😌 pastu haaaaaaa main beli je toner mengkhinzir buta tanpa tengok kesesuaian ingredients dia 😐

Lepas aku try toner tu, dia naik jerawat kat semuaaaa tempat weh!! Pastu naik banyak gila bawak geng 😭 dah reda tinggal parut hitam. So time tu aku assume toner tu tak sesuai la mungkin sebab ada fragrance........... ntah aku assume je tapi banyak gak skincare enthusiasts yang tak rekemen toner tu. *geeezzzzz baru ku tahuuuu hishhhhh


HAAAAA KAUUUU!

Selama ni mana pernah naik jerawat di pipi. Kalini naik bawak geng kat pipi hehhhhh penat aku! Selepas episod ni, bermulalah pengembaraan jerawat2 di pipi kananku, sampai ke harini 😕😕 kiri tak usik, kanan je belambak..

So aku pun try and error banyak gila product. Tukar cleanser Himalaya Neem lah pastu tukar Hada Labo Oil n Blemish (time tu line purple biru kot) sebab aku ingatkan boleh hilangkan blemishes HAHAHAHAHA MALANGNYAAA!! Aku dry skin, dry sesangat2 so bila pakai HL tu, laaagilah kering.. so bertukarlah aku ke Himalaya balik 🤓

Recovery time ni memang lama gilalahh. Taktahu nak anggar berapa lama sebab dia keep on naik every 4 weeks eventhough yang lama belum surut. Mungkin ditambah pulak dengan stress degree esaimen melambak, tu punca tak surut2 tu 🙃

So ni waktu2 dia lah. Sebulan mesti akan naik jerawat putih tu. Bapak ah tensen teroks ah! Time ni pi Bukit Bendera, elok sampai atas, jerawat tu pecah aku tak sedar. Nasib baik member tegur 😣memang bergelut la aku time ni tiap minggu nak kena hadap. Nak kata aku suka pegang2 muka, hmm macam tak 😐 dia pecah pun aku tak sedar 😭

Habis je final exam, cuti 3 bulan, aku try la usaha beli macam2 nak bagi reda, time ni memang noob lagi pasal skincare, memang "why botherr" laa skin concern ke skin type ke apa main beli ja tengok orang pakai elok, kita pun nak try.

Oooooo yang aloe vera dengan palmers tu? Tak jadi dah dengan kulit time tu. Dah macam immune. Haihhhhhhhhh penat tau mengada sangat 😭
So tempoh tiga bulan tu, dia keep on naik and tinggalkan parut. So aku masuk USM balik untuk second year, masih lagi rupa yang sama..

Fasa ConvEx, memang tidur kelaut semua kelaut, so memang tak reda lah. Kau bayangkan aku ni department Protokol, kena jumpa penasihat, iring VIP, kau rasa aku confident ke gini? Huwaaaaaaa nasib dah reti cover pakai BB cream time tu. Cuma tak kerap la. Sebab nampak bercapuk sis taksukaaaaa.....😔

So time ni lah aku ada kesedaran nak study sikit pasal skincare.. Nama je study bidang Kimia tapi tak amik kisah pun haihh teruk benau 🙃 tapi selama tempoh "belajar" tu, alhamdulillah jerawat dah kurang naik, tapi parut masih ada..

Time ni memang dah takda bumpy2 jerawat tu, cuma parut aja.. Haaa dua orang ni lah banyak membantu ajaq aku pasal skincare. Kalau pi Watsons dengan si Farah, haa nanti dia gitau la ingredients ni untuk apa sesuai ke tak gituu 🙃kalau agak2 si Farah taktahu, aku standby la WS di tangan, tanya2 si Shahrul pulak. Dia ni pun boleh tahan ilmu skincare rajin betul membaca..

Alhamdulillah, scar pun dah makin pudar sebab dah ada kesedaran nak pakai sunscreen dan jumpa sunscreen yang sesuai hihi 😆malam je aku tempek Nuteen Sleeping Mask. Pastu aku dah tahu punca jerawat aku tak lega2, rupanya sebab aku suka scrub muka walaupun ada jerawat, so maybe skin barrier dah damaged teruk 🤐

Haaaaa ni betul2 before PKP, suka la skin time ni, seketul je jerawat yg kerap naik tu pun bawah dagu hehehe 😉


Ni dalam tempoh PKP, biasalah makan tak jaga, routine ntah kemana, moisturiser pun tak pakai sebab habis and takgi Drugstore pun beli baru.. Haaaa memang naik laaaa disiplin nya tidak istiqamah nya jauh sekaliii!!

Pastu aku decide untuk tukar cleanser, sebab dah bertahun dengan Himalaya, so aku tukar ke Bougas Cleanser, pastu tambah toner Hada Labo Hydrating sebab nak fokus bagi hydration kat kulit en *hydration is the key gituuu
Alhamdulillah dalam sebulan je CINGGGGGGGGG TEROSSS!!!!

Suka weh..!! Memang terasa asyiknya gituu.. Hari2 tengok cermin macam wowww kulit aku mampu recover sebulan gituu! Hahahahahhahahahaa taktau nak berterima kasih kat produk mana satu 🤣 Bougas ke Hada Labo tu tapi yang pasti dedua kebaboomm!!

Tapi macam aku kata lah, kebahagiaan tak bertahan lama.. Dia tak naik dah jerawat ada mata tu, sekarang faveret dia naik jerawat buta A.K.A Blind pimple! Herghhhhh lagi stresss makhayamm sebab parut dia hitam dahla sakit ish ingin sahaja aku mencarut tapi masih berbaki kesabaran 🤐

Soo inilah condition kulit aku sekarang, dekat pipi dedua belah ada blind pimple yang meninggalkan parut 😣 sekarang aku tengah ongoing ESW supplement dengan Vit C, pastu tambah serum TO Alpha Arbutin, moisturiser Rosken Sensitive Skin, dengan sunscreen Sunplay Skin Aqua tu je..

Ntahlah, korang doakan jelah kulit aku boleh recover balik 😕 beratus habis beli skincare.. nanti aku update sikit2 bulan2 seterusnya *kalau rajinlah n ada hasil

Tu je bebelan harini😌

Salam Sayang,

Seorang Shawl =) 

Comments

Popular posts from this blog

MR D.I.Y, I'M IN LOVEEE!!

KENA CULIK SEKEJAP..

KEHIDUPAN DI KOLEJ MARA KULIM SEBAGAI PELAJAR PRA-U USM SESI 17/18