Sebulan Sudahpun Berlalu :)

Assalamualaikum warga maya sekaliann :)

Alhamdulillah seorang Najihah sekarang sudahpun bergelar pelajar Universiti Sains Malaysia dalam jurusan Sains Gunaan (Kimia Industri) *ye betul, aku takda rezeki bidang farmasi, and aku dah lama redha pun.. Doakan ye?

So, baru sebulan berlalu, semester ni ada 14 minggu weh! *cepat gilsss iols rasa sebab sekarang dah minggu kelima dah huhuhu

Betul weh, bayangkan lah pejam celik pejam celik dah sebulan kat sini.. Sebulan jugakla tak balik Langkawi *huhuhuhu weols homesick teruk juga sebenarnya

Jadual pun alhamdulillah tak pack sangat cuma hari Isnin jelah kelas dari pukul 9.00 pagi sampai 5.00, sebab petang tu lab *huhuhu tapi dah lab 3 kali, 3 kali jugak team weols balik awal sebab experiment senang and cepat aja siap *hihihi bajetnya mentang2 lah lab physical chemistry.. Rasalah azabnya bila lab Organic nanti.. *silap2 weols tidoq dalam lab alamakkk!

TAPI! Hari selasa is heaven! We got only one class and class tu waktu petang! Memang syiok la aku, syoknya tu ibarat lepas full dapat offday waktu kerja MR DIY dulu *hahhahahahaha mengarutnya nok kau punya persamaan tu 

Kat sini alhamdulillah, ada geng Pra USM jugak yang sama kos dengan aku.. Kawthar, Farah dengan Zana.. Serius cakap waktu Kolej dulu jarang gila bercakap dengan dorang ni.. Masuk sini jadi clique pulak *ngeeeeee 



Cerita pasal bilik pulak, alhamdulillah dapat desa RST, bilik memang selesa gilaa luasss plus bilik ayaq memang takyah berebut memang first class ah desa RST! Dapat pulak desa TEKUN MO6, sebelah jejantas ajoo so takpayah weols nak berkejar naik bas pergi jejantas *ye saya tak suka berebut it is sooo annoying gaissss!

Sebulan tau aku duduk bilik seorang takdak rumet *sedih wei.. Dua minggu tidoq bukak main lamp, dua minggu bukak study lamp sebab dah berani sikit.. Pastu 2 Oktober, Farha, budak Sc. Bio masuk bilik kite *yeayyyyy! 

ni gambar katil.. Tetiba semangat nak hias tempat ni.. baru sedap mata memandang..
Duduk sini, kemalasan seorang Shawl makin menjadi2 tau.. Memang kalau mai time malas nak mampuih tu, sampai nak turun makan pun tak.. Ni kalau Puan Gee dapat tau, Tok Kamariah dapat tau memang mampuih kedaung aku *HAHAHHAAHAH SAPA SURUH MALAS?

Tapi takpa, aku memang standby stok makanan sebulan kat bawah katil.. Patutlaa berat tak naik.. makin turun adelaa.. nak tahu napa? jap eh...



Nak tahu apa kisah cornflakes rendam susu dutch lady tu?

Alkisahnya seorang Shawl sangat2 lah badmood haritu, dengan tak sihatnya, dengan assignment belambak lagi *walaupun kite memang tak tangguh kerja pun kat sini huhuhu..
Tapi dia ni lapaq nak mampuih, cuma tulah sindrom awal bulan ni memang menjadikan dia malas tahap gila babun punya malas HAHHAHAHAHA
So, dia memang taknak turun cafe, jadinya tulah makanan dia.. sepanjang 5 hari dia tak makan nasi, dia makan menda ni ja.. *aduhaii

So beralih ke kisah kengkawan baru Najihah.. Kat sini kan ada lab, so secara kebetulan, aku dapat group dengan dua ketoi lelaki Industrial Chem jugak.. Dorang dua ni desa RESTU, kira musuh tradisi TEKUN setiapkali Variasiswa lah.. Tapi chill, Varia dah habis, study tetap study..

So, kat sini kawan baru lelaki yang aku boleh masuk ayaq sekali adalah depa dua ni ja lah.. Namanya Aizat dan Shahrul.. Setiap hari Ahad, Group WhatsApp "Segitiga Bermuda Lab" akan berketing-ting-ting lah dengan mesej2 daripada dua ketoi ni, bertanyakan pasal pre lab dsb. huhuhu macam biaso lah perempuan kan rajin *so faham2 lah apa dilema yang berlaku pada aku huhuhuhu

OHH YAA! KENAPA SEGITIGA BERMUDA?

Sebab, aku dari Kedah, Aizat dari Johor dan Shahrul dari Kelantan *cuma siapa yang baru kenal Shahrul akan cakap dia ni orang Sabah, sebab tutur katanya bunyi Sabah bhaaa tenggelam kelatenya bhaaa 
So kalau gabung tiga2 point tu kan membentuk segitiga *eh yeke?

ni sebelum masuk wayang cita Paskal.. Dalam panggung tu aku feeling terlebih sebab dua ketoi ni semangat gila maki2 HAHAHHAAHHAAH

Ni Shahrul punya keja ah ni.. Rajin sangat jadi paparazzi mentang2 dia punya experiment habis awai -_-

Bandung yang menjadi titik tolak episod "menganjing" sesama sendiri.. Bandung Tekun..
Hmmmm aku rasa sampai sini ja lah kot.. Ngantuk awai pulak malam ni.. So cerita siap2 takut2 lupa huhuhu kerap lupa pulak weols sekarang *hmmm faktor usia agaknya...



Sehingga berjumpa lagi di lain entry!

Salam Sayang,

Seorang Shawl =)

Comments

Popular posts from this blog

MR D.I.Y, I'M IN LOVEEE!!

KENA CULIK SEKEJAP..

KEHIDUPAN DI KOLEJ MARA KULIM SEBAGAI PELAJAR PRA-U USM SESI 17/18