ConvEx'19: ''Di Sini Bermula Cerita...''

Assalamualaikummmmmm :)
Lama nau2 eh shawl tak update, sampai naik semak samun dah blog ni hmmmm..*yelah last update 1/1/2019, harini dah 1/11/2019 heksssss

Busy bebenau nak oii :') tapi tulah, dalam sebelas bulan tu banyak benda yang berlaku sampai takdan nak tulih *oghang kedah kata takdan= tak sempat!

Alhamdulillah lah sepanjang tempoh tu, shawl dah final exam untuk 2 sem dah :) Syukur jugak dua2 sem tu shawl manage untuk dapat DEAN LIST YEAYYYY! Btw kalau geng USM baca blog ni, dorang kenal shawl as GG, so yelah korang betuilah ni blog GG HAHA SELAMAT DATENGGG!!

Entry kalini nak cerita pasal satu event ni, my very first event in USM yang shawl jadi sekretariat *hukhuk saya budak baru belajar.. Event tu sempena Minggu Konvokesyen USM ni haa, nama event tu Convocation Expo a.k.a ConvEx!

Event ni memang shawl aim dari tahun lepas lagi, tapi tahun lepas saja nak usha2 dulu, so tahun ni barulah berani nak mencuba nasib hmmm.. Alhamdulillah! Shawl interview dekat dua department,

  1. Protokol dan Perasmian (PnP)
  2. Hadiah dan Cenderamata (HnC) 
Haaaaa tekalah dept mana yang sudi terima insan yang serba kekurangan tapi gigih nak cari pengalaman ni?

JENGJENGJENGGG.....!!

It's PnP gais!!
*ni lah para MT yang bertanggungjawab dalam pemilihan penyelaras PnP nihh!

Shawl ingat lagi yang interview shawl tu KJ dengan TKJ2 PNP, Piqah dengan Aniq.. Tapi takmaulah cerita apadia yang berlaku waktu tu sebabnya hmm shawl taktau pasaipa shawl ketaqq sangat sampai gagap! *HAHAHAHAHAHAHA

Sampaikan dua orang tu minta bertenang jawab slow2 jangan takut kata depa *XD
Sampai sekarang blur2 ayam lagi bila orang tanya pasaipa time IV tu ketaq HAHAHAHA *sorry takda jawapan kot

Kisahnya bermula 25/8 tu, shawl kena balik awal dua minggu daripada orang lain tapi takpalah shawl memang dah bersedia dah pun *hehehehe
TAPI! Shawl tersangkut takleh balik :( sebab time tu tengah ada taufan Lekima dekat perairan Phuket, so perairan kola perlih pun macam hmm beralun jugak laa hmmm *sis tatottttt
Shawl pi dekat jeti, tengok ayaq macam nak telan feri, abah pun berat nak lepas, teruih shawl ajak abah patah balik HAHAHAHAHA
Burn la tiket bas.. Tapi since shawl takut karang lambat masuk office, so shawl amik risiko beli tiket flight last minute hmmmm *takpelah dah emergency kan..
*I'M IN LOVE...

So bermulalah kisah men'settle'kan kerja2 protokol, siapkan surat jemputan, cari invois deko, buat layout pathwalk, layout majlis perasmian, *walaupun sebenarnya kerja2 tu semua para MT dah setelkan banyak dah, penyelaras tolong sikit2 ja..

So dekat situ, shawl banyak perhati gerak kerja protokol.. macam mana PnP ni sebenarnya sebab dulu pun shawl tau AnK ja HAHAHAHA *tu pun sebab Shahrul dengan Aizat duk cerita time lab..

Ntahlah, pastu shawl rasa macam hmmm nampaknya memang shawl tak salah pilih department *hekhek sebab rasa macam serasi.. Team MT pun banyak bawak shawl kehulu hilir beli barang lah apa lah pastu KJ shawl, Piqah dengan SU, Fiona *merangkap rumet fasa 2 pun banyak explain begitu begini so kat situ shawl dah rasa macam memang tak sia2 lah shawl balik awal, sebab mahal weh pengalaman ni!
*Time ni pergi beli barang dengan Daniel n Mimi.. Belakang tu Mimi, TKJ1.. hihi

Jumpa pegawai USM, deal dengan vendor luar, entahlah shawl rasa macam dah kuar dari kepompong.. Shawl dah berani nak communicate dengan orang, negotiate, reject dengan penuh sopan santun, hmmm banyak sangat *sampai takleh nak list !
*ni time lepas jumpa pegawai BHEPA, ni je gegirls yang ada time tu..

Haaaaa pastu2, tibalah minggu2 yang agak 'hectic', iaitu minggu pra-ConvEx dgn minggu ConveX, time tu toksah nak kata la, tidoq kemana assignment kemana *nasib baik test dengan kuiz tak kantoi sangat *heeeeeeee
*Dengan Che Mad, n whole PnP SQUAD :)

*OK ni syok sendiri..

*kesayangansssss..

*event We Lit, 'warming up' before perasmian kata MT :)

*Stay up prepare gimik 'WE LIT', nak menempek jugak amik gmbar memasing HAHA

Tapi shawl memang dah ready fizikal mental untuk ni, sebab shawl dah tanya2 Shahrul dengan Aizat, shawl banyak perati waktu ConvEx tahun lepas macam mana kepenatan depa2 ni.. So memang dah get ready lah *MT pun dah pesan siap2 dah so memang shawl lagak biasa jelah minggu tu walaupun dari malam ke siang sampai jumpa malam balik hehe
*time ni rabak lah sebab sepanjang minggu tu demam weh! time busy lah nak demam bagai.. rock suara weols hmm

*setiap malam kami cuci, sebab nak menjaga impression orang :)
*cantik kan? Abeyoh kata macam pelamin:) jemput2 usha IG Romantis Studio, Kaklisa yang  deko ni sis loveeee!

Pastu, dalam minggu penat2 tu lah nak berlaku satu benda ni hmm taknak cerita lebih kang depa kata shawl tak move on.. Betul lah cakap Abeyoh, time Fasa ConvEx ni ada lah benda nak jadi, breakup lah, bertemu jodoh mata ke mata turun ke hati lah, friendzone is real lah hmm macam2 lah.. Takpe, kadang2 tu terkenang memang merambu la ayaq mata jugak, bukannya takleh move on, cuma duk tercari2 mana salah kita ja hmm *takpelah biar jelah..
*perasmian.. tema retro okey gais!

Nasib baik team PNP sangat memahami emosi seketul shawl time tu.. so shawl rasa macam ''oh, still ada orang yang appreciate aku ni, so buat apa aku nak meratap menangis kan?'' *terima kasih sayang2 PnP sekaliann..

Kitorang tido di khemah PnP (pathwalk) dua malam untuk setelkan semua benda, mental breakdown sama2, makan lewat malam sama2, berhimpit dalam kereta Piqah *huwa rindu! , menari flashmob lah macam2 lagi lah!
*keadaan khemah yang kosong huhu sedih..
*anak-anak ikan PnP..

Sedar tak sedar, dah habis dah pun fasa ConvEx tu, alhamdulillah semua MT menyenangi kerja2 dan komitmen yang diberikan oleh shawl :) walaupun ada satu point tu memang dah takleh nak ubah *HEHEHEHE Terima kasih MT's atas peluang yang diberikan! Sebulan jugak takleh move on tambah2 bila lalu Kinta Hardware tu hmmmm #RINDUPNP #BEAUTIFULDEPT 

So nak spam lah gambar2 hihihiihi
*arca ConvEx by GDP team :D

*ni last day, nak surprise VC :)

*Gambar wajib setelah berhempas pulas dengan pathwalk yang shanteks ni hihi

*with my beloved KJ, Shafiqah :)

*kena sidaiiiiiii

So ni collection gubahan yang Shawl buat sepanjang ConvEx'19:





OH BTW, kalau shawl tak join ConvEx, tak merasalah:
  • keta mati tepi jalan pagi2 buta
  • try and error gubah hadiah vip
  • terjun kolam PnP
  • duk dalam but kereta alza Ika dari Georgetown sampai USM *HAHAHAHAHA
  • salam VC *OMG DAPAT JUGAK!
  • berhimpit 7/8 orang dalam myvi Piqah
  • Merempit dengan Jiayi naik motor Haziq *hahaha pestaim sis naik motor dalam USM okeh
  • jumpa Sam Bunkface depan2! *walaupun usha dari jauh ja
  • Gimik yang meng'gimik'kan 
  • Midnight movieee
  • hmm banyak lagi nanti shawl list kalau teringat eh?
Okeylah nak describe sorang2 boleh?
  1. Shafiqah, our dedicated KJ, comel2 orangnya, baik sangat2, pemurah, jarang marah kitorang walaupun kitorang buat salah dia tegur slow2.. Adorable leader :) Sangat2 care pasal anak2 dia, sampai tetiap malam sanggup hantar balik desa huhu masyeh Piqah!
  2. Mimi, TKJ1 yang sangat berwibawa, banyak pengalaman dia dengan protokol, komited sangat2 pergh weh event dia beratoqq haa PPSL, PBJ lagi huhu strongnya mimi ni! softspoken, arahan dia bagi dgn lembut tapi tegas.. Alhamdulillah smooth event ni.. masheh Mimi mmuahh!
  3. Aniq, TKJ2 yang dedicated, dia tahu apa dia patut buat, softspoken tapi kalau dengan boys lain sis takuttt dengar dia sembang HAHAHA! Jangan judge luaran, kitew awai2 dulu ingat dia mesti senior, mesti garang hmm rupanya dia okey je boleh buat geng :) yang penting dia jujur okeh seketul Najihah cakap banyak *sorry takleh ubah hekhek
  4. Fiona, the most hardworking SU I've ever met, roommate for 2 weeks *sorry i dengkur satu malam tu penat sgt hekhek.. Fiona ni comel tau, haritu waktu nangis dalam bas, dia pujuk kite.. dia comfortkan kite, pastu dia cerita pasal pesta tanglung hihi.. Selalu diusik oleh Jai hmm tapi kan, tahap rajin dan komited dia, takda siapa boleh lawan.. SALUTE!
  5. Daniel, bendahari yang hmmm komited? Walaupun kata2 yang kluar dari mulut dia tu pedas belaka, tapi ada baiknya dia ni.. kalau kita minta tolong dia, laju ja dia tolong tau, tak merungut.. pandai buat ayat dia ni, sebab tu sis cari dia kalau vendor cari sis bila ada apa2 hal hekhek mekasih Daniel!
  6. Jai, takdak dia sunyi la PnP.. Geng buat hingaq selalu menyanyi walaupun lirik teraboq kan? Fotografer tak rasmi PnP.. Bagus Jai ni, kerja apa pun dia buat tak merungut :)
  7. Daniel Ryan, haaaaa ni lah pemecah keheningan dalam PnP, ada ja benda dia nak carut aku haihhh tapi rajinnnnn! idea dia melimpah ruah.. takda dia, tataulah apa jadi dengan deko perasmian tu :)
  8. Haikal, suka dengar dia bercakap.. Ayat tersusun, sangat formal.. pendiam sikit, tapi selalu je senyum..:)
  9. Sonil? hahahahahaha nvm only one word ; chipsmore :'D Tapi okeylah, selalu tanya ''Najihah U dh makan?'' HAHAHA awat nampak macam kurang makan eh aku?
  10. Vani, peneman I bila nakgi cari makan.. Senyum je memanjang, selesa berkawan dengan dia, rajin juga datang jenguk Pathwalk waktu fasa ConvEx :)
  11. Phua Jia Yi, yang ni pun senyum tak lekang, manis je cantik orangnya.. Pandai usher VIP, nasib baik tak tertambat je hati VIP tu.. pemndu yang berhemah, slow and steady je bawak motor bawak kereta.. selamat sis rasa sebagai penumpang :)
  12. eh? lupa dekat Haziq, our TP4, pemurahh! terima kasih belanja :) tegas at the same time very comforting, tak marah2 tapi tegur dengan berhemah.. walaupun jawatan dia tinggi dalam ConvEx, tak sombong even dengan penyelaras pun dia boleh sembang2 melawak macam kenai lama HEHEHEHE

Yang paling pnting, shawl paling jatuh cinta dengan bonding sesama ahli ConvEx huhu tak kira kaum, department semua ramah gila.. sekali sembang je dh rasa macam kenal lama sangat! Dapat buat kawan dengan member2 dari school lain2, dapat kenal budaya kaum lain2 *fiona selalu story mory dengan shawl huhu she is my first chinese friend btw :)

Salam Sayang,

Seorang Shawl :)

Comments

Popular posts from this blog

MR D.I.Y, I'M IN LOVEEE!!

KENA CULIK SEKEJAP..

KEHIDUPAN DI KOLEJ MARA KULIM SEBAGAI PELAJAR PRA-U USM SESI 17/18