Tiga Serangkai? 😜

Buah jambu tiga serangkai,
Hanyut sebutir di Tanah Jawa,
Apa ilmu cik adik pakai,
Makin dipandang makin ketawa 😝

Tu lagu tu korang nyanyi ke teww?

Assalamuaikummm!! Lama sudah kita tidak bersua. Malas nau2 kiranya seketul Najihah mau menghapdet segala cerita di dalam belog ini 🙃
Tapi mengenangkan ingatan yang dah tak berapa nak terang macam dedolu *hmmm i want my otak 2016 back 😭, jadinya kita tulis jelah. Demi kenangan untuk simpanan masa depan *agitchewwwwwww

Tiga serangkai? Kenapa shawl tulis title gini? Bunyi macam penyakit 🤐
Okey tiga serangkai ni shawl pun taktau nak describe macam mana.. Ye kita semua mesti ada kawan yang kita selesa kat universiti kan, so kesnya sama la macam shawl.. Dekat sini, kita kawan je dengan semua orang, tapi tak bermaksud kita percayakan semua orang kan? 🙃

Dalam life shawl kat sini, boleh dikatakan shawl maintain satu circle yang sangat kecik, dimana circle ni consist of kawan perempuan yang paling shawl rapat dekat sini iaitu Farah 🤗 Dengan sorang lagi kawan a.k.a member *HEHEHEHEHE yang shawl suka share thoughts and masalah dengan dia walaupun opposite gender iaitu Shahrul 🤗



Selfie je mampu ☺️

Actually nak kata rapat sangat pun tidaklah juga, cuma dorang ni adalah antara golongan yang ada tiapkali shawl dirundung sepi *hak eleh shawl kemain vocab dirundung kauu! N dengan dorang je shawl boleh jadi diri sendiri 🙃

Kisahnya kita ni suka berdua je dengan Farah, nakgi memana pun berdua ja selalu onz! Tapi at this one time ni nak pergi pesta penang, tapi ya Allah sangatlah sis tak berani ya nak keluar memalam berdua perempuan, dahla dedua renek 😒

Jadinyaaaa *cingggggggg kita dapat idea 💡 Apakata kita ajak sorang kawan lelaki yang kita percaya untuk join sekali? Cari la sesiapa pun asalkan ada la kumbang sekor supaya macam meriah sikit and takde la macam rasa insecure sangat 😐 Pastu memang tak terlintas sesiapa dah, memang teringat kat si Ahmad Minguk ni je sebab yelah kita dah kenal lama dia, so takde trust issue dah memang yakin! *over nau nyah!

Sebabnya, dia ni bagi aku seorang yang sangatlah bagus wei 👍🏻 Dia langsung tak berkira bab kawan2, suka tolong2 baik sangat 🤓 Ni bukan puji melangit nak apa2 tapi ni ikhlas dari hati ye Ahmad Minguk 😌 Sebabtu kot ramai orang senang hati dengan dia, walaupun agak loqlaq perangainya tapi loqlaq yang hmm boleh diterima HAHAHAHA

So, kitorang pergi pesta penang satu malam tu. Keluar dalam pukul 8.15 malam naik grab ye hahahahaha *semangat pastu haa sampai 😂
Pergi pesta tu asalnya si Farah ni la nak naik rides, tapi rides dia mak aiii!! Gayat sisturrr huwaaa 😭😭

*nak masuk kena bayar RM5 untuk dewasa.. Untuk kekanak sis tak ingat hehe

Last2, naik jugak 😐 Asalnya gayat wei tengok apatah nama rides tu ya Allah sis tak ingat 😗 So naik la jugak hmm tapi ya Rabbi kita dengan Shahrul jerit tak ingat dunia hmmmm Farah kata "Buat malu ja bawak dua ketoi ni naik.."
Kita ni jerit release tension 14 minggu yang terperam tu weh! Hat sebelah kita tu jerit apatah jerit takut la kot #GengGayat tapi Farah ja leklek tak jerit langsung hati batu betui 🙃

Natang ni nama dia ''CHALLENGER''.. tu muka tahan cuak nak kena lambung hekhek

Pastu habis ride tu kitorang pergi amik2 gambar je, kan situ banyak port boek nak amik gambar 😉 Pastu2 nasib baiklah Shahrul tinggi, dia lah banyak tolong ambil gambar kita2 ni tapi tak dinafikanlah, skill photography dia tu amatlah cengginiii 👍🏻👍🏻👍🏻 Tapi jauh di sudut hati, agak segan sebenarnya sebab kitaorang tak pandai amik gambar dia cantik2 😔 So agak serbasalah di situ hmmm

sebab lighting pun macam BOEK kat sini sksksksks

Kat sini banyak lampu2 LED ceni la.. Camera siapa ada dark mode tu untungler hmm


gambar kat pintu gerbang love ni woojibb walaupun semua sendu2 belaker hiks

Tapi so far enjoy je kitorang banyak gelak2, mengarut2 membawang sikit2 😜 Taknak cerita pasal makan dekat situ sebab rasa macam kena scam 😕
Japgi kita upload gambar2 yang ada ye ni update pakai ipad je tu yang beria taruk emoji bagai tu 😋

Part 2? Tunggu jap next entry oki?

Salam Sayang,

Seorang Shawl =)


Comments

Popular posts from this blog

MR D.I.Y, I'M IN LOVEEE!!

KENA CULIK SEKEJAP..

KEHIDUPAN DI KOLEJ MARA KULIM SEBAGAI PELAJAR PRA-U USM SESI 17/18