#ShawlJenjaleKelateBoh

Assalamualaikum semuaaaa.....

Lama shawl tak update blog hmmm kalini nak cerita pasal apa eh? *gatai ja tangan ni nak menaip huhhh

Haritu, lepas habis je final exam, batch kitorang pergi vacation kat Kelantan... *Eleh vacation lah sangat padahal roadtrip jewww zzz

Kitorang habis final hari khamis, rest sehari hari jumaat tu, sabtu pagi kitaorang bertolak dari Kulim dengan 6 buah bas! Haaaa nak buat camana batch kitorang 221 orang *paling ramai dalam sejarah Pra-U USM 

Aku bas tiga, tetiba nama naik kena jadi penolong ketua bas pulakkk.. Tapi takpalah sebab ketuanya si 'Aizat, class rep aku so aku macam lega sikit lah hehehhehheheehe...

Haaaaaa part bestnya, satu bas tu semua #Apoplet! Tak semua lah tapi bila ada dua tiga kerat ja kelas lain, memang #Apoplet bermaharajalela lah dalam bas tu.. Aku bawak KTV Mic tu pulak, lagi lah seronok budak lelaki, karok dalam bas.. Sampai classmate aku, si Hakiim ni, sanggup switch bus sebab taknak berpisah punya pasal dengan kawan2 dia ni *CEHHHH

Bertolak dari Kulim pukul 8.30 pagi camtu, pastu aku cam besa lah, baru dalam Kulim dah nak muntah bagai *motion sickness taknak kasi chance lngsung!

Kitorang  lalu highway timur barat, Gerik-Jeli tu.. memula stop sat kat RNR Gerik kot, tapi ada ja yang makan kat situ, aku tak lah sebab nak muntah gilaa weii! Nak tidoq pun takleh, pejam jaa mata sepanjang dua jam hmmm..*sebab tu taknak kawen org jauh, taktahannnn!

Pastu sampai Jeli utk solat Zohor, lambat lagi nak sampai MRSM PC rupanya! Aku ni punyalah nak muntah smpai tahap taknak turun bas, tapi kena hambat gak dengan driver hmm..

Part lawaknya lepas naik dari Jeli tu, depa pasang la mic tu, aku ni tetiba datanglah perangai setan aku ni, dengan niat nak kenakan mereka *kahkahkah 

Apa yang aku buat? Aku connect mic tu dengan handphone aku, pastu memandangkan si Amir asyik menyanyi jaaa, AKU PASANG ZIKIR WEH! Cuak gila puak depan tu HAHAHAHA SORRY GAISSS!! semoga keinsafan timbul lah di benak hati kalian ye?

Pastu cikyui sambung, aku nak lena.. tapi kan, aku perasan la ada mata2 yang dok intai2 aku *hheheehe sory gais aku pandai berlakon tido.. Pandum, Ayie, Eljay semua tak puas hati siapa yang control, depa syak aku sebab aku tuan mic tu hehehehe.. Perkara ni tak kantoi sampailah dah balik Kulim haihlaa kesian pulak korang.. *maafkan aku dengan cikyui ye gais?

mostly gegirls je bawak luggage.. hmmm lumrah..

Konon.. last lazypod patah, motion sickness lagi hmm..

Ni kreativiti Najah, punyalah malas dia nak pegang..

 Setelah kematu dalam bas berapa jam entah, lalu kitorang sampai di MRSM PC pukul 5.30 petang camtu kot.. so kitorang pergi lah mandi ke apa yang patut, pastu pukul 7.30 malam kena berkumpul sebab nak pergi Wakaf Che Yeh...*Tapi bas melayu gaisssss

Sampai WCY, pergi makan dulu.. makanlah mee celup tu, bolehlaaa tapi mahal huwaaa duit habis bukan sebab shopping, tapi makan  zzz

ni je yang aku beli kat WCY.. 
Terjumpa Issey Hot FM, dia lalu sebelah aku jaa wehh tapi Najah yang perasan..
NEXT DAY...
Bertolak ke USM Kubang Kerian pukul 8.00 pagi sebab bas melayu weh... sampai USM KK, kitorang diberi briefing bla3 pasal kampus tu... Aku cam besa lah terlena sebab tak minat nak belajar kat situ.. Aku aim Kampus Induk je sebab Farmasi kat situ kan.. 



 Kawan2 memang ramai nak jadi doktor.. Tapi aku tak minatlah..
Balik dari USM KK, terus pergi AEON KB untuk makan malam dan beli2 apa yang patut.. Pastu balik MRSM PC pukul berapa ntah tapi yang pasti mic aku budak laki guna jadi speaker nak tengok Annabelle *hmm gasak koranglah..

NEXT DAY....


Esoknya, pergi lagi USM KK, tapi melawat kampus kesihatan pulak.. Kat sinilah aku jumpa backup yang pertama, iaitu sains forensik.. Tapi tak seminat Farmasi lah hehehehe..

Pastu tengahari tu kitorang pun bertolaklah balik ke Kulim, tapi singgah Bukit Bunga dulu, kat sini yang semua budak bas 3 bara dengan driver tu.. Berleter menda ntah kesian budak tak sempat makan. cakap nak balik 5.30, tuptup kul 5.00 dah panggil balik.. Aku tak sempat la nak makan, memang bara lah kan..

Pastu kitorang naik bas, memang ada la bising2 sikit.. yelah, kaki complaint..

Pastu en, Amir dapat mesej ni dari cikgu,

part Sofwan tu sumpah lawak!
Pastu atas highway tu aku tido lah kan, tetiba Hakiim kejutkan aku, mintak mic.. terkejut aku, yelah maghrib2 nak nyanyi kebendanya kan?

Rupanya,

Seorang Hakiim azan lah.. atas banjaran titiwangsa tu, mana nak dengar azan kan? Pastu boleh pulak Pandum ingat azan radio! *sedap sangat kot Kimpo azan zzz

Pastu singgah RNR Gerik, untuk solat dan makan.. tapi cam biasa lah, driver kalut namateyyy! Nasib baik nasi sempat siap.. So kitorang bungkus lah..

dahla tutup lampu, terpaksalah torchlight dinner dengan Najah.. 

Waktu balik Kulim ni part paling ingat, sebab bas bertukar jadi "roller coaster"! aku sedap2 lena, meloroih dari kerusi weyh! Orang belakang lagi kesian, terhentak teruk gila weyh! Aku rasa driver tu balas dendam ah sebab kitorang karok dalam bas kan? Sampai Kulim pukul 11.00 malam camtu, terus bersihkan diri and tido, sebab ESOKNYA ADA KULIAH SEM 2! hahahaha *malangnya nasib kami..

Next few days kitorang dapat tahu yang bas 3 paling banyak dapat complaint *tepuk dahi

Till then, bye!

Salam Sayang,

Seorang Shawl =)













Comments

Popular posts from this blog

MR D.I.Y, I'M IN LOVEEE!!

KENA CULIK SEKEJAP..

KEHIDUPAN DI KOLEJ MARA KULIM SEBAGAI PELAJAR PRA-U USM SESI 17/18