PENGALAMAN INTERVIEW PPC MARA 2017

Assalamualaikum semua...

Lama nau si shawl ni tak hapdet blog.. Sebabnya, mood malas dia kembali sekembalinya dia dari BANGI haritu.. *hmmm sabo jelah

Okay, sekarang shawl nak proceed dengan agenda utama entry kali ini.. cuba teka shawl pi mana 15 sampai 16 April haritu? *jeng jeng jeng jawapan dia kat ayat atas

Shawl pergi Interview MARA dekat KPTM Bangi!

EXCITED nya kau shawl! hahaha gila kau tak excited, penat kot dok umah (read: mereput) je.. HAA LAA tambahan pula *acewah sasteranya pergi Bangi naik kapal terbang weh! hahaha *jakunss..

Shawl mana lah pernah naik flight selalu.. Ni kali kedua rasanya.. First time haritu, nyaris muntah la sebabnya si shawl ni ada motion sickness.. asalkan benda yg dia naik tu gerak2, mesti dia start pening2 lalat dah zzzz shawl niii..

Shawl gerak KL pagi Sabtu, flight pukul 1250 AirAsia.. fuhh, nasib baik flight tak sama dengan si Aiman, asyik nak membajet je kejanya.. hmm nak jadi pilot lah katakannn #SisSupport

So, settle bab flight pergi, sampailah Shawl dan Mak Abahnya di Kota Metropolitan Kuala Lumpur itu setelah mendarat di KLIA2.. hmm dahla gate jauh, tapi takpalah, exercise sikit kahkah!

Sampai di KLIA2 tu, kawan abah jemput.. Dia pegawai penjara Kajang, so singgahlah kejap rumah dia.. Tapi, sementara nak sampai tu memang shawl mual lah.. rasa nak muntah ja memanjang.. *hmmm memang takleh kawen orang jauh lah shawl nanti =P

Singgahlah umah dia kejap dalam setengah jam camtu, makan2 sikit.. Shawl pun whatsapp lah kawan2 yang interview MARA cakap Shawl baru sampai Bangi terus kena masuk Penjara Kajang.. HAHHAHAHA ada gak yang percaya haishhh sorry kawan2.. Shawl gurau jaaa..

Lepas dah habis makan2, abah decided nak tidoq dekat Batu Caves, shawl pun google lah jarak Batu Caves dengan KPTM Bangi..

JAUH GILAAAAAA!!

Toksah dok kata la shawl takut macam mana rasa dia.. ya la, Interview pukul 9.30 pagi, means kena keluar rumah jam 7.00 pagi, kena bangun PAGI PAGI BUTA MAK AYAH DAH TANYA AKU NAK KEMANA..*ehh ternyanyiii

yalah, jarak dia jauh, amik masa satu jam lebih.. siapa tak takut kan?

Tapi takpa, kugagahi jua demi menjaga hati abah.. planning pun BOEK dah, kami pun ke Batu Caves, rumah makcik shawl yang shawl panggil "Aah".. Alang2 dekat situ, bagitahulah si Jiji, teringin nak pi visit Alia Najibah, anak kak Ibah kakaknya Jiji.. Kak Ibah ni rapat jugaklah dengan shawl.. 

So malam tu, lepas maghrib, Aunty Zehan datang amik shawl terus bawak ke rumah Jiji.. Kalini, kali kedua la shawl sampai umah Jiji.. cuma tak sleepover ja kalini sebab esok kena mangkit awai huhh!

Sembang punya sembang, dah pukul 11.00 malam.. Sembang jugakla dengan husband Kak Ibah, Abang Arif.. Diorang dua laki bini ni doktor tau, so kisah cinta dorang dua pun agak comel sebenarnya hiihihi.. dah ada anak pun dorang.. 

So, sebelum nak balik tu, ambil la sekeping dua gambaq dengan Jiji..

*Shawl memang selebet gais

Haaa, balik dari rumah Jiji, Shawl tak tidur terus, tapi shawl discuss dengan uncle Tony pasal isu semasa.. Kira macam studylah jugak.. Pasal RUU 355, TN50, GST, MARA semua soalan spot lah.. Memang ngantuk habis tapi ketorr gakk hahahha..

KEESOKAN HARINYA...

Bangun pukul 6.30 pagi, settle siap2 pakai baju semua, turun bawah call Uber, dalam pukul 7.30 pagi camtu.. 

Nasib baik Uber laju, sampai KPTM Bangi dalam pukul 8.15 pagi, pastu terus pergi kafe sebab Khalil, Emilya dengan Zaim tunggu situ.. Lagipun, kami belum makan pagi lagi..

Sampai je tengok2, ramai GILAA orang sesi 7.30 pagi tengah beratur.. Bayangan Aiman pun tak nampak lagi, sedangkan dia sesi 7.30 pagi sama macam Emi dan Zaim.. *melayu sungguh hahhahaha gurau2

Sesi kami lambat lagi, so tunggulah si Intan, Aina dengan Ain.. Sambil tunggu tu, pergi la jalan2 keliling KPTM tu sebab nak hilangkan gemuruh..

Tetiba, nampak kelibat kawan lama di situ.. Haaaa! Amnan Adli dah sampai?! Sempat la aku kenakan dia waktu dia call bagitau tu hahhaha..*jahat gila shawl!

Dia bukannya lulus test JPJ lagi, tapi dia datang dengan kawan dia, Alia.. Alia ni aku kenal sebab dia MRSM Batu Pahat, cantik plus comel kecik je orangnya.. Terima kasih Alia, bawakan Amnan ke sini jumpa Shawl.. Lama gak la tak jumpa mamat tu..

JAPPP! Siapa Amnan Adli? Ada kena mengena dengan Kamal Adli kah?

YESSS MEMANG! Dia adik bongsu Kamal Adli, shawl kenal dia sebab kakak sepupu shawl kahwin dengan abang dia, Aziz.. so kenal camtu2 jelah..

*Tu dia Amnan Adli haa tengok!

Okay, dah settle dengan budak ni, kami pun beraturlah sebab Ain dengan Aina dah sampai.. Lama jugak la sampai kami boleh recall balik rukun Iman, Islam, Solat, Wudhuk, even Rukun Nikah sebab ada ditanya semalam!

Jadi, shawl satu group dengan Aina.. Grup "M".. shawl punya number "M8" sebab nanti dia akan panggil ikut number tu, bukan nama.. Satu Group ada 8 orang..

Interview ni ada dua sesi, First, "role playing" kisah isteri bangsawan yang nusyuz keluar istana sebab nak dating dengan kekasih sementara kandanya keluar perang.. shawl lah kekasih itu, isteri dpat watak dekat Amir, budak MRSM Kepala Batas.. Bangsawan dapat dekat Ain Natasha, budak NAIM Kelantan... TERBALIK HABIS!!

*belakang shawl: Amir, Arif, Aina, Ain..

Lima orang ja dalam gambar sebab lagi tiga org which are Megat, Hariri and Najiha ada Exam IB.. Sobsss..

Sesi pertama kita kena bela diri sendiri "kenapa kita tak salah atas kematian si isteri?" Syok laaa Shawl dapat berlakon.. Memang menghayati gila2 kot watak kekasih tu kahkah!

Pastu soalan kedua, dia akan sebut number sorang2.. Antara soalannya:
  1. Nyatakan kepentingan rukun Iman dan Rukun Islam serta perbezaannya (Ain dan Arif)
  2. Isu mengenai kenaikan harga petrol secara mingguan, nyatakan pendapat (Megat dan Najiha)
  3. Apakah yang MARA perlu lakukan demi memastikan kesinambungan pembiayaan pinjaman pelajaran MARA (Amir dan Hariri)
  4. Apakah yang MARA tawarkan untuk membantu bumiputera agar maju dalam perniagaan selain daripada pendidikan (Aina dan Shawl)
Haaa nasib baik dapat soalan yang memang target, Alhamdulillah.. Boleh cakap BM pulak tu lagi lah syukurrr!

Sesi kedua, kena bina jambatan daripada kad manila, straw dan selotape.. huhh! Susah sebab Scotch Tape huhuhu.. memula ada dua jambatan, kena share idea antara satu sama lain dan bagitahu kelebihan serta kekurangan masing2.. Pastu dia  suruh gabung, jadikan yang terbaik dari sebelumnya.. Kami boleh buat cuma terkejar2 masa je sebab satu sesi 30 minit je.. sangat sekejap!

Pastu kami disuruh duduk, dia tanya "antara orang yang mengarah dan orang yang diarah, yang manakah berperanan paling penting?" Shawl offer nak jawab dulu.. Kononnya tebus balik waktu sesi satu tadi kahkah!

Habis dah interview!!

Shawl pun ambil gambar dengan dorang, collect username Instagram bla bla hahahaa..
Habis interview dalam pukul 1.00 tengahari camtu tapi kena tunggu Khalil sebab beg dalam keta dia.. Lepastu Shawl amik Uber terus ke Putrajaya sebab nak naik ERL eh? ntah tak tahu apa nama dia tapi boleh terus pergi KLIA2 lah.. shawl tukaq baju dulu sebab taknaklah pakai track suit tu hmmphh!

Sampai dekat KLIA2, terus p makan sebab lapaq since pagi tak makan.. Time sampai tu pun dah pukul 3.00 petang camtu, EXTRA lapaq la!

Terjumpa pulak Aiman and family tengah makan so borak2 jap sebab flight dorang kul 1820 camtu.. Kitorang pukul 2120 AirAsia..

Tiba2!! Flight delayed uolss!! Memang berhuhuhu la shawl dengan Mak Abah dekat situ.. Dahla gate jauh, delayed pulak sejam! MEREPUTZZ!! *hahaha dugaan


 Melepaklah kami tiga beranak di McDonald's sebab plug punya pasal hahahaha.. Makan gak la ayam goreng viral tu.. hmm okayla not bad..

*Selfie beratus keping sebab delayed huhh!

Kebetulan, satu flight dengan abang Zahida..  Tapi buat2 tak kenal sebab tak berapa nak rapat.. 

Sampai Langkawi around 11.30 lebih and terus naik kereta.. Shawl conquer seat belakang memang ke bulan dah la penat woi! Sebab takleh tolerate dengan org seat belakang flight yang suka goyang2 kerusi and bising! Kalau tegur satgi kata racist pulak.. jakun dorang lebih dari aku kot haihh! *sabaq shawll..

*gegor camera sebab ngantok


Tetiba abah berhenti pulak nak makan.. Shawl kalau org kacau tidoq memang pantang sikit tapi shawl tak protes sebab tak berani dengan abah *penakut

At the end, Mak abah makan, shawl tak order langsung.. Tengok TV Chelsea lawan Man Utd kalau tak silap.. shawl pun letaklah kepala atas meja mcm selalu buat kalau mengantuk dalam kelas PAI.. hahahah SHAWL TERTIDOQ sambil tengok Si Costa dgn Pedro!! *hahahaahah mesti customer gelakkan aku en?

Mak pun tak perasan aku lena hahahah setengah jam woi! *aduiii 

Last2 sampai umah dalam pukul 1.00  pagi terus tukaq baju tidoq tanpa mandi sebab ngantuk sangat2 haihh.. *jangan tiru perangai shawl tau

esoknya mangkit pukul 1.00 petang kahkah!

THE END

Salam Sayang,
Seorang Shawl =)







Comments

  1. Serious lah soalan sikit tu je? Haihh takutt doakan sayaa 😭

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

MR D.I.Y, I'M IN LOVEEE!!

KENA CULIK SEKEJAP..

KEHIDUPAN DI KOLEJ MARA KULIM SEBAGAI PELAJAR PRA-U USM SESI 17/18