PREPARATION INTERVIEW PROGRAM PELAJAR CEMERLANG MARA 2017

Assalamualaikum,

Eishhh Shawl ni, sejak ada belog ni asyik nakk hapdettt ajee *tone makcik2 menyembang dekat pangkin sambil menyicah..

UISH, makin hari Langkawi ni makin panas lah.. tapi sepanas mana pun, masih ramai yang bertandang ke Pulau Sumpahan 7 Keturunan Mahsuri ini *hohoho ayat mintak kena taboh

Okay, sekarang kita proceed ke agenda utama entry kali ini..

Program Pelajar Cemerlang MARA? Apa itu? *tinggg! mentol menyala

PPC ni terlebih dahulu dikenali sebagai Skim Pelajar Cemerlang MARA (SPC). Akan tetapi, nama SPC ini baru ditukar ke PPC, shawl tak ingatlah pulak bila dia tukar *hmmm

Alkisahnya, tak ingat bila tarikhnya, keputusan permohonan untuk PPC telah dibuka untuk disemak. *skemanya ayat kau shawl oii

Shawl mohon Program Persediaan USM, dimana satu tahun (foundation) di Kolej MARA Kulim, baru sambung peringkat Degree dekat USM. Tapi, program ni limited untuk ex-MRSM sahaja. Tempat kosong pun ditambah ke 300 tempat, berbanding tahun lepas, 150 tempat. Itu pun tak penuh *haihhh

Kira bernasib baik jugalah, elok2 dapat je slip SPM haritu, Shawl terus meluru ke Booth USM. Bukan apa, USM ni macam dekat jugaklah dengan Langkawi so, senang sikit kalau ada apa2 hal. (PEMBOHONG DETECTED* : Shawl takut homesick)

HAAAAAAA!!

Baru Shawl ingat time tu.. Ada satu time ni sebelum SPM, Cikgu Shahid ada tampalkan list jurusan2 untuk PPC dekat board DH. Shawl pun apa lagi, ushar lah board tu untuk course yang shawl nak mintak (Read: Pharmacy). 

FUHHH! Kus semangat shawl.. Memang ada ditawarkan tapi, syarat kelayakan dia MASHA ALLAH, sangat ketat sebenarnya *huihhh, cuak gila time tu

Syarat kelayakan memohon ke Program Persediaan USM bagi lepasan SPM 2016:
  1. Sekurang-kurangnya 9 A (A or A+ sahaja, A- tidak dikira)
  2. Baca dan hadam nombor 1 sampai faham hehehehe
Time tu toksah dok kata la Shawl cuak lagu mana. Gila tak cuak, Shawl tak pernah dapat solid A untuk English sepanjang upper form *sobsss

Waktu SPMRSM (read: trial) pun Shawl dapat 3A+, 6A, 1 A-, dimana A- tu adalah English. So, Shawl pun target untuk SPM A- je, sebab rasa macam tak mampu nak dapat A solid time tu. 

Mak kata, "TAWAKKAL, cuba dulu, ada rezeki, adalah habuan Kakyah" *sobsss, thanks mak

Jadinya, Shawl memang target PPC jelah, sebab takda biasiswa lain yang nak taja course Pharmacy ni. Even dah habis jawab SPM pun, Shawl still tak confident untuk gantikan A- dengan A solid sebab kau tahulah lah kan SPM tu susah dia tahap MDD tau?

Alhamdulillah

Rezeki berpihak kepada Shawl. Tiada A- dalam slip SPM, hanya A dan A+.. Syukur ke hadrat Ilahi..
Jadi! Shawl teruskan misi untuk ke USM untuk menggapai cita-cita Shawl *bapakk ahh ayatt

~~~~~~~~~ sebulan berlalu zasss~~~~~~~~~~

Alhamdulillah, layak ke MARA Student Assessment Center (Interview)

Bertempat di Kolej POLY-TECH MARA Bangi, 16 April 2017, sesi 0930-1130 *fuhhh


Jadi, bermulalah hari2 yang berliku untuk Shawl mendapatkan kesemua dokumen yang perlu dibawa ke sana nanti.

Antaranya :
  1. Salinan IC pemohon, ibu bapa.
  2. Salinan surat beranak pemohon, ibu bapa.
  3. Penyata pendapatan bagi ibu bapa yang bekerja sendiri yang terkini dan disahkan.
  4. Salinan Slip Gaji bagi ibu bapa yang bekerja.
  5. Salinan sijil yang tertera markah kokurikulum
"huihhh! mana nak cari surat beranak mak abah?" -my momma-

iyelah, manalah dorang simpan lagi, kan berpindah randah. Nasib baik boleh print out balik dekat JPN. Hasilnya, surat beranak mereka kelihatan lagi muda berbanding surat beranak aku *huhhh

Okay, settle bab2 Dokumen. LEGAAA....

Tapi, Shawl standby jelah Resume dengan Personal Statement. In case kalau tetiba diorang mintak kan..

*Time ni Anas datang rumah, nak tengok senarai semak dokumen. itu pasal ada talam bagai..

*dokumen2 selamat di dalam sampul. Tinggal nak amik dan pergi je hehehhh

Doakan yang terbaik untuk Shawl for interview ni okay? Ini ja harapan since I didn't apply for other scholarships. *senyum


THE END


Salam Sayang,
Seorang Shawl =)



Comments

  1. Bagaimana aturcara interview Kat kolej poly tech Mara bangi,?Boleh take cerita sikit perjalanan program temuduga kt sana?

    ReplyDelete
  2. In ur opinion, apa yang Saya kena prepare until interview Mara? Memang latest news laa macam tn50 and lain2?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

MR D.I.Y, I'M IN LOVEEE!!

KENA CULIK SEKEJAP..

KEHIDUPAN DI KOLEJ MARA KULIM SEBAGAI PELAJAR PRA-U USM SESI 17/18