#TripGengBoat Part 1 =D

uitttt!

Assalamualaikum,

Kalau tengok title kan, mendeeeee lahh seorang Shawl nak merapu pulak dalam entry kali ni.. hmmm okay baik kita teuskan yerr?

Geng Boat ni sebenarnya tertubuh *aik, betulka? haaaaa ditubuhkan *baru betul pada 30 November 2016, sehari selepas tamatnya Sijil Pelajaran Malaysia *cisss, skemanya aayat kauu nokks! .

Actually, bukanlah typical "geng" yg memang dah "squad" sejak zaman study tapi geng ni consists of random people je heeeehehehhee...

BTW, Kenapa "GENG BOAT"?

Jawapnya, sebab kitorang ni satu geng yg pergi ISLAND HOPPING sesama haritu.. TU JEER! hahahha ngekss berdouble2 puii!

Geng ni 6 orang kesemuanya:

  1. Nurul Asyiqin a.k.a Chikin
  2. Najihah Zul a.k.a Shawl
  3. Siti Aisyah a.k.a SAI
  4. Faiqah Uzma a.k.a Yunaa
  5. Nawal Sumaiyah a.k.a Momma
  6. Anis  Sofia a.k.a Aniss

Tapikan, untuk #TripGengBoat kalini ada 4 orang je yang join. hmmm *sedih..
Anis dengan Yuna tak join semua sebab last minute punya problemoss tapi takpalah, kami berempat selalu mengenangkan mereka dalam doa kami *acewahhh =D

So, trip tu bermula pada petang tu sebenarnya sebab pagi tu si Syiqin dengan SAI sudah terlebih dahulu merasmikan "FAST & FURIOUS 8".. taknaklah cerita, sebab lawak sangat nasib baiklah timing Syiqin tepat2 eventhough masuk parking dua kotak dia punya.. #typicalPerempuanParking

Tapi, potong stim betul la MARA punya ujian psikometrik petang tu! So, nak taknak si SAI aku angkutlah balik rumah.. guna WIFI kat umah..Sesambil tu, aku dengan Syiqin pergi la Jetty sebab nak fetch si Nawal a.k.a Momma tu..

WAIT, APASAL "MOMMAA"?

Sebabnya, si Nawal ni akan bangun seawal 5.30 pagi untuk masakkan sarapan untuk adik2 dia weh! *applause + insecure

OK STOP pasal momma....

Settle bab Psikometrik, jadi kitorang proceed our plan dengan pergi amik Ain Nazu dekat GranCon and Check In dekat ANIS HERITAGE HOUSE, area Padang Matsirat *sebelah rumah Adhwa je weh!

CANTIK GILA homestay tuh!!!*heksaited nokk

Apa lagi, kitorang kan perempuan.. so paham2 lahh *bunyi flash camera

*curi2 amik gambar si Syiqin and SAI

*Cewi nauu kitorang dengan tangga ni

*Shawl, Nawal, Ain, SAI


*cred photo: cilok camera Syiqin =P

Haaa tu baru sikit weh, adaa lagi tapi malulaa nak tunjuk *aiceywahh

Jadinya, malam itu kami pun berjalan2 di Chenang.. Standard lah kan, datang Langkawi tak maghi Chenang ibarat makan timun tak dak sambal belacan muehehehe *peribahasa taknak kalah

Sebabnya, nak hantar si Ain tu dekat airport, so kena makan cepat2 sebab flight dia kul 2300.. so kena pergi airport awal sikit.. Kononnya, aku ni orang Langkawi, tahulah jalan.. so, dilantik menjadi "TOURIST GUIDE" lah hehehee *bajett

*muka memang nak penuh skrin sentiasa

*khusyuknya Syiqin pilih pizza hmmm

Orait, settle bab jalan2 dekat Chenang.. Ok, bagi sesiapa yg tak tahu, Chenang dah jadi one-way punya jalan.. Masuk ikut Laman Padi, Keluar ikut Aseania.. 

Alkisahnya, aku biasa lalu Aseania ni so tahulah ada jalan keluar ke Padang Matsirat.. 

TAPI....

Waze cakap kena lalu Bukit Malut! weh, ko gila? Bukit Malut jam 2230 kereta Saga FLX warna hitam yang lampu mediumnya rosak dan telah memaksa kami menggunakan Hazard Light spnjang perjalanan!! *muzik suspens

 Tawakkal.. baru perasan minyak tinggal SATU BAR!! Ya Allah, habis-habisan lah kitorang tawakkal.. Siap call Am mintak tolong padahal kawan tu baru balik keja ja.. nak tanya dia, "betulke boleh keluar pi Pdg Matsirat kalau lalu Bukit Malut?"

Puaihh, kena hamboq lah dengan Am.. dia gelakkan kami sebab keluar ikut Bukit Malut.. hish, manalah aku ingat jalan keluar ke Pdg kalau lalu Temoyong, padahal tu kampung aku tuhh haihhh *maluuuuuu

Dua kali gak ah call dia.. kesian dia, dahla baru balik keja huhuhu *SORRYYY AMM

*gelabah beb.. khamis malam jumaat kott

AKHIRNYAAAAA.....

Kami selamat menghantar Ain ke airport diiringi tangisan empat wanita itu huhuhuhu...*cedihh
Takpa Ain, panjang umur kita jumpa lagi tauu muahh XOXO

Tapi, kitorang tak isi minyak lagi.. Syiqin cakap kaki dia lenguh haaaa SUDAHHH! soo call la Am lagi sekali memandangkan dia cukup mahir jalan2 berliku di Padang Matsirat itu hahahahha kesian dia asyik kena kacau ja dengan kami huahuaua *GELAK JAHAT

At last, jumpa pun stesen minyak. Fuhh legaaa gilaa kott!

*mahainya minyak grrrrr

Jadinya, kami pun kembali ke homestay dengan hati yang girang *Alhamdulillah

Sampai je, semua penat la kan.. Tapi aku takleh la, tak sedap hati, rasa lain macam.. so aku pun pergi lah mandi dekat toilet yg macam seram tu huihh..

THE END OF PART 1..
PART 2 MENYUSUL.. jeng3









Comments

Popular posts from this blog

MR D.I.Y, I'M IN LOVEEE!!

KENA CULIK SEKEJAP..

KEHIDUPAN DI KOLEJ MARA KULIM SEBAGAI PELAJAR PRA-U USM SESI 17/18