#TripGengBoat PART 2.

Assalamualaikum =),

Seorang Shawl dah kembali untuk meneruskan cerita bahagian II mengenai #TripGengBoat *weehoooo

Keesokan harinya, kami merapu-rapu di dalam bilik selepas subuh. Almaklumlah, banyak nau masalah yang menimpa trip kali ini. Sepatutnya, si Yuna a.k.a Faiqah join kami, tapi flight dia delayed teruk nauu..

From 1555 6 April 2017 to 0735 7 April 2017 to 1035 7 April 2017  *teruk gila kot

Jadi, Faiqah memutuskan untuk tidak menyertai kami. *perghh ayat buku gila baq hang!

Pagi itu, kami decided untuk mandi di pantai. Last minute punya plan weh! banyak gila benda tertinggal kat homestay haiyooo ..

Pantai mana kami pi?

Kami pi Pantai Kok.. Apa lagi, pakai waze ah! bukannya jalan jauh yang dia bagi, jalan MARBAHAYA yang dia bagi kat kami haduihhh! *tepuk pala

Aku? Nama ja OGHANG LANGKAWI, haghaammm jalan pi Pantai Kok yang "SELAMAT" sikit pun taktau haihhh.. Tak membantu langsung la Seorang Shawl ni.. sorry kawan2 hmmm *sad emoji

Biasalah, jalan nak p Pantai Kok tu macam "ular kena palu" *ambek kau peribahasa dia kasi!

Betulla aku cakap, ada satu kona (read: corner) puaka yang terkenal di Langkawi dekat jalan tu.. Kona apa? Kona SANTO! *bunyi muzik menggerunkan.....

AKHIRNYA, sampai pun kami berempat di pantai yang indah itu *weheeeee

Sebelum masuk ke dalam ayer itew, *bluekkk, aku pun mesej la geng langkawi dalam grup Whatsapp, tanya dorang Pantai Kok ni boleh mandi ke idok.. tapi sorang pun tak balas, seen je..*hampeh

So, Seorang Shawl pun dengan "Confidentnya" habaq kat kawan2, "weyyy jomm kita pi terjunnn" *hahahaha drama gila kau nokss!

*satu je gambar yang proper, yang lain mcm hmmm 

Macam2lah yang kitorang buat sepanjang 30 minit berendam *lama gila konon, nyanyi lagu Memori Berkasih, Warkah Untukku (lagu carpool karaoke kitorang heheheh), pastu lagu rasmi MRSM *fuhh, ingat lagi kitorang dengan lagu tu mueheheheh

Main terapung2, tahan nafas dalam air *standard ah game sopan2, pastu kitorang decide nak balik sebab SAI kena repeat Psikometrik Test *HUHH!

So, dah habis tukar baju, kitorang pun ke Oriental Village *alang2 dah kat situ, g je lah haha

Macam biasa, berulang alik gak ah, sat masuk parking belakang, pastu p parking depan pulak haihh (PUNCA: Seorang Shawl tak ingat jalan) hahah!

Contact lah si Am pulak (maklumlah, penyelamat dooniaa) hohohohoho!!

Dia suh mai parking belakang, katanya FREE and dia tunggu situ. Jadi, kami pun bergegas *acewahh kesitu hmmm..

Sesampainya kami di parking itu, kelihatan seorang pemuda bersandar di bonet Toyota Rush warna putih, berbaju hijau lumut, berseluar yankee baju bunga bungaa *ehh nyanyi pulak hahaha 

So, kami jumpala dia kejap, tanya balik jalan yang "SELAMAT" untuk kembali ke Padang Matsirat. Pemuda itu pun tunjuklah jalan tu sambil 'WAZE'.. ciss! Waze tu tunjuk jalan yang elok pulak bila si Am tu google! *mengada ah waze ni hmmm.. tak tipu dengan kasi jalan jauh pulak ye engko waze oi?! hmmm *hampehh

Syiqin decided untuk tidak masuk ke dalam Oriental Village sebabnya dia nak masuk usrah.. maklumlah, HAKAK KESAYANGAN ramai huhuhu wekkk!

Kena pi maktab lah ni kan?

Jadi, kami tinggalkan Am disitu dengan ucapan terima kasih *skemanya ayat noks
Eh takk, amik jugak sekeping dua gambaq dengan dia.. Maklumlah, dok ja satu pulau, tapi  jaraknya 39 KM gak lah yang memisahkan hmm wekkk!

*Shades tu Syiqin nyee.. kite saja pakai silau tauu..

Jadi, bermulalah perjalanan kami pulang ke maktab kesayangan (read: MRSM Langkawi) untuk join USRAH bersama adik2.. Biasala, akak Syiqin kiter ni Exco Puteri, kesayangan ramai hmm kann?

Tapi, kami pulang ke ANIS HERITAGE HOUSE untuk checkout, nasib baikk kami dah packing dah.. harga memuaskan, accomodation TIPTOP! cuma RM70/night dan sangatlah selesa untuk kami berempat. *aikk buat review pulak?


*cantik gak camera OppoCot si Syiqin ni hmmm

Amikla gambaq sekeping dua buat bahan nak cerita kat cucu cicit nanti *angan2


Jadi, kami pun meninggalkan homestay tersebut dengan pelawaan dari tuan rumah agar kami datang kembali untuk HONEYMOON *aipp pakcik, saya tak honeymoon kat langkawi kot muehehehhe

Dalam kereta, tak rasa lagi kesedihan tu. Sebab masing2 dok gian, lalok ber"carpool-karaoke".. Dimulai dengan Bayang by Khai Bahar, pastu Worth It, then Warkah Untukku by Ara Izza.. fuhhh perangai masing2 memang haihhh.. memang teringat2 sambil2 menaip ni *sobsss

*fokusnya hakakk hahahhahaa

TIBA TIBA!!*saspen

Bunyi siren beb! aku kalutlaa tarik seatbelt sebab siren tu sebijik macam siren polis wehhh *kecut perut

Ghopernyaa, AMBULANS SHAWL AMBULANS HAAAA!! Aku suka buat kalut, kekalutan tu mencetuskan gelak tawa dalam kalangan mereka hahaha.. Takpala, at least ada gak benda yang aku buat jadi kenangan untuk depa ingat "SEORANG SHAWL".. hmm rinduu...

Sampai ke maktab, Syiqin cakap sikit2 ja, sambutan kalah NEELOFA kauu! takpala, she deserved it sebab dia pun baik dengan orang.. May Allah bless you always, Nurul Asyiqin Mohamed Shaharudin *muahhh lapchiuuu

Lastly, Syiqin drive masuk Kg. Kuah, kat siini yang aura sedih tu mula terasa.. haihh, bila lagila boleh sleepover dengan diorang.. Wujud lagi ka kawan2 macam dorang dekat Uni nanti.. sedih la wei bila ingat sobssss..

Aku tutup je but kereta Proton Saga FLX hitam itu, aku jalan lalu berpaling ke arah mereka untuk berkata "bye bye".. Tapi apa yang aku lihat, SAI dah menangis! wehh sedih kott.. Aku tahan diri taknak nangis.. tapi, aku tak nangis depan dorang, aku nangis malam tu sebab si Anas lah! hmm..

Bye Bye Geng Boat, Semoga ALLAH pelihara hubungan ini selalu, dan pertemukan kami lagi selepas ini, In Shaa Allah..

THE END OF PART 2

LOTS OF LOVE,
Seorang Shawl =)

Comments

Popular posts from this blog

MR D.I.Y, I'M IN LOVEEE!!

KENA CULIK SEKEJAP..

KEHIDUPAN DI KOLEJ MARA KULIM SEBAGAI PELAJAR PRA-U USM SESI 17/18